Saturday, June 4, 2011
PAS perlu perkasakan Dewan Himpunan
Bercakap pada perbahasan sidang Muktamar PAS kali ke-57 Khairul Faizi Ahmad Kamil menjelaskan PAS perlu merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam yang menjuruskan kepada perwakilan daripada DHPP.
Beliau juga perwakilan kawasan Kluang, Johor mempersoalkan peranan Dewan Himpunan yang dipinggirkan dalam persidangan tersebut.
"Kita lihat semua perwakilan berucap dan berbahas di sini, tetapi kita tidak mendengar lagi suara daripada Dewan Himpunan," kata beliau sewaktu perbahasan sebentar tadi.
Beliau juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, mengharapkan PAS pusat supaya memberikan peruntukan khas kepada Dewan Himpunan yang lebih 20,000 keahlian itu agar dapat lagi memperkasakan dewan tersebut dalam jentera parti.
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, turut menegaskan bahawa Dewan Himpunan perlu dan berhak dipanggil dalam mesyuarat PAS pusat selepas ini bagi mengelak dewan tersebut dipinggirkan.
Selain itu, beliau turut menyampaikan cadangan kepada pimpinan PAS pusat supaya ada satu pengukuhan lajnah diperingkat negeri dan fungsi dan pergerakan lajnah tersebut dapatlah diperkasakan sekiranya dipimpin oleh salah seorang daripada naib presiden yang diumumkan menang bertanding sebentar tadi.
Dalam kemeriahan persidangan PAS kali ini, beliau juga sebagai wakil PAS negeri Johor mencubit hadirin perwakilan yang hadir dengan isu fitnah dan tomahan yang terlalu banyak dilemparkan oleh musuh-musuh PAS sewaktu muktamar kali ini dan isu fitnah sebelum serta mungkin selepas muktamar ini.
Wakil PAS Johor itu menegaskan PAS pusat perlu mengadakan satu langkah untuk menangani isu ini.
"Kita perlu mempergiatkan langkah untuk masyarakat tahu pekara yang sebenarnya.
"Kita tidak mahu diri kita difitnah sedangkan kita mahu masyarakat tahu yang pihak Umno itu sendiri adalah pemfitnah," jelas beliau mendapat sorakan gemuruh hadirin.
Saturday, May 22, 2010
Presiden PAS lancar Dewan Himpunan Penyokong PAS
| Presiden PAS lancar Dewan Himpunan Penyokong PAS |
| Ditulis oleh Harakah |
| TUESDAY, 11 Mei 2010 06:41 |
KUALA LUMPUR, 11 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, 23 Mei ini di Pejabat Tanah Klang.
Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusuf, dengan pengukuhan tersebut, ahli-ahli sayap PAS itu boleh menyertai Muktamar PAS dan mengikuti muktamar di peringkat negeri. Capaian Lain: Harakahdaily |
Sunday, September 13, 2009
kebijaksanaan menghormati perbezaan agama
Semalam beberapa orang yg terlibat dalam satu demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor kerana membantah pemindahan kuil di Shah Alam yg begitu hangat diperkatakan beberapa minggu kebelakangan ini telah didakwa di mahkamah.
Demonstrasi itu menjadi kecoh dan popular kerana ada kepala lembu yg diarak ke hadapan bangunan tersebut.
Antara dakwaan di mahkamah semalam adalah berkaitan unsur hasutan keagamaan dan juga berhimpun secara haram. Sesiapa yg melihat video rakaman suasana demonstrasi itu pasti tertumpu kepada kepala lembu yg dibawa peserta demonstrasi itu.
Seterusnya
(Penulis merupakan exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak)
Saturday, September 12, 2009
NGO Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia
Ikatan Perpaduan rakyat Malaysia (People's Unity Alliance of Malaysia) adalah sebuah NGO yang membicarakan persoalan perpaduan antara kaum di Malaysia
Toleransi Agama: Selangor Malaysia Vs Illinois USA
Assalamualaikum wbt,Salam Ramadhan buat semua. Saya mengikuti perkembangan isu kuil diShah Alam dari jauh dengan penuh minat. Dalam kita menerima kunjunganRamadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan tindakan yang sangatmenyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protesmereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam.Mereka bertindak menghina agama Hindu dalam keadaan yang sangatekstrem - sesuatu yang dilarang oleh Islam itu sendiri. Tidak pernahkita diajar oleh Rasulullah agar menghina agama-agama lain.Alasan yang dipersoalkan beberapa penduduk setempat sangat mudah,mengapa perlu dibina kuil di kawasan yang majoritinya penduduk MelayuIslam. Sebentar tadi saya membaca yang proses pemindahan kuil initelah dibekukan disebabkan oleh kekecohan yang berlaku semasa sesidialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat.
Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusankerja. Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga. MenyambutRamadhan bersama penduduk minoriti Islam Des Plaines Illinois. Sayadapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, ditengah-tengah bumiAmerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yangindah dan selesa. Malah Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meterjaraknya dari sebuah gereja Katholik. Tidak pula kelihatan masyarakatKristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu. Malahapa yang lebih dikagumi ialah setiap kali waktu solat Jumaat, akan adabeberapa orang pegawai Polis 'mat saleh' bukan Islam yang akanmengawal lalulintas dan parking didalam kawasan Masjid. Mungkin, ituperkara biasa, seminggu sekali. Tetapi apabila bermulanya Ramadhan,saya dapat melihat bagaimana mereka bertugas setiap malam. KebetulanRamadhan tahun ini berlangsung di hujung musim panas, maka waktuIsya'nya sedikit lewat dari Malaysia. Pegawai-pegawai Polis ini masihlagi bertugas menjaga lalulintas dan parking sehinggalah Terawikhtamat pada jam hampir 11.30 malam.
Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengansituasi kuil di Shah Alam. Malu dengan perbuatan dan sikap segelintirumat Islam di Malaysia. Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerikaini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia?Dimanakah keadilan dan keindahan Islam yang ingin kita tonjolkan?Apakah mungkin masyarakat bukan Islam dapat melihat keindahan Islamdalam situasi ini.
Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa pimpinan PAS yangtelah berani menyatakan kebenaran dalam keadaan yang sukar initerutamanya kepada YB Khalid Samad, Dato' Mahfuz, Dr Mariah danbeberapa yang lain. Pun begitu, saya berharap lebih ramai lagipemimpim-pemimpin Islam dari parti PAS terutamanya yang akan tampilkehadapan bagi memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Selangor danmenyatakan pendirian Islam dalam isu pemindahan kuil ini. Masyarakatsedang memerhatikan, apakah benar slogan keadilan Islam yangdilaung-laungkan.
(Penulis merupakan mantan Pengerusi Jabatan R&D Pemuda PAS Hulu Kelang)
Tuesday, July 21, 2009
Kenyataan Media berhubung isu kematian Mendiang Teoh Beng Hock oleh Dewan Pemuda PAS Melaka
1. Lanjutan isu kematian mendiang Teoh Beng Hock , kami dari Dewan Pemuda PAS Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dengan sedemikian rupa.2. Berikutan daripada itu Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak pihak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kejadian yang amat diragui dan kami juga meminta pihak SPRM menghentikan semua bentuk siasatan keatas mana-mana individu sehingga siasatan keatas puncakematian mendiang Teoh Beng Hock selesai.
3. Bertolak dari isu tersebut Dewan Pemuda PAS Melaka mengajak seluruh rakyat Melaka khususnya untuk bersama Pimpinan Pakatan Rakyat dalam suatu sesi ceramah perdana bagi menunjukkan tanda sokongan moral kepada keluarga mendiang serta sebagai tanda menuntut kebenaran dari pihak yang berkenaan. Program tersebut akan dihadiri oleh YAB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin , Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ybhg. Ustaz Abd. Ghani Abd. Rahman , Pesuruhjaya PAS Melaka dan disertai juga oleh YB. Goh Leong San , ADUN Kesidang yang bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil pada jam 9 Malam.
4. Sehubungan dengan itu kami Dewan Pemuda PAS Melaka dengan ini mengajak seluruh rakyat khususnya rakyat negeri Melaka agar turut serta dalam Himpunan Mansuhkan ISA bertempat di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 sebagai tanda bantahan kepada kerajaan kerana masih mengekalkan Akta Zalim ini serta mmenggerakan seluruh rakyat untuk menuntut kebenaran dengan tidak menjadikan kematian Mendiang Teow Beng Hock sebagai sia-sia.Khairul Che Salleh Pejabat PAS Melaka21 Julai 2009
kenyataan dikeluarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Melaka , Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Melaka
Khairul Che Salleh
Sunday, July 19, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Ops Gotong Royong LPN Gombak dan KPMP Hulu Kelang




KG FAJAR - Pemuda PAS Hulu Kelang telah mengambil inisiatif untuk menyertai gotong-royong membantu membersihkan kesan runtuhan pokok dan membaiki semula beberapa buah rumah yang rosak akibat taufan ribut minggu lepas di sini. Menurut ketua Lujnah Perpaduan Nasional (LPN), En Muslim Ismail, program ini bertujuan membantu golongan yang ditimpa kesusahan dan musibah, lebih-lebih lagi orang miskin.
Proses ini akan mengambil masa seminggu menggunakan bahan-bahan binaan yang disumbangkan oleh Hj Saari Sungib.
Sunday, May 31, 2009
Sekitar Konvensyen Kelab Penyokong PAS 2009

Antara peserta yag hadir terdiri dari ahli - ahli Kelab Penyokong PAS dan juga ahli - ahli Lajnah Perpaduan Nasional di pebagai peringkat
Ketibaan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengerusi LPN PAS Pusat, Dr Mujahhid Yusuf Rawa dan Pengerusi LPN DPP Pusat, Sdr Khairul Faizi A Kamil
Mursyiddul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sedang memberi amanat serta merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS 2009
Antara yang turut hadir, Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub serta YB Manoharan, bekas tahanan ISA, turut kelihatan, Ustaz Azman Syapawi, Naib Ketua Pemuda PAS
Pengarah Program merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, sdr Khairul Faizi sedang membacakan resolusi konvensyen di akhir konvensyen tersebutFriday, April 3, 2009
Lawatan LPN DPPP ke Pejabat Akhbar Nan Ban
Baru-baru ini, Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat telah mengadakan lawatan ke akhbar bahasa Tamil, Nan Ban bersama sdr Ahmad Sabki Yusuf, Setiausaha DPP Pusat.
Berita Ihsan
Saturday, February 28, 2009
Futsal Perpaduan Lajnah Perpaduan Nasional DUN Hulu Kelang 09
Sunday, January 4, 2009
Analisis: Pengundi Cina tidak kekok bersama PAS
Pada masa yang sama, mereka turut marah dengan kerajaan negeri yang
mengenakan semula cukai pintu rumah kediaman kepada rakyat sejak tahun 2005
sebaik sahaja kerajaan PAS tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11
lalu











