Showing posts with label Siaran Media. Show all posts
Showing posts with label Siaran Media. Show all posts

Monday, March 15, 2010

Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan.

Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-6212222 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Husain bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli seluruh negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atau lebih dikenali sebagai Siva.

Katanya, bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS negeri, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat.

Mendiang juga, katanya banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.

"Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu
kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dewan Pemuda PAS negeri pula mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam terhadap Siva itu.

Naib ketuanya, Salman Saleh merakamkan rasa yang amat sedih dengan berita yang telah dilaporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang mengenai kepala dan dada mangsa.

Oleh yang demikian, beliau meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut.

Pihaknya juga, kata beliau meminta ahli keluarga mendiang dan semua Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku itu.

Sumber: Harakahdaily

Ketika dihubungi, Pengerusi Lajnah Perpaduan kaum & NGO Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Khairul Faizi turut merakamkan ucapan takziah dan rasa sedih serta mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Panthiyan a/l Patchamuthu.

Saturday, September 12, 2009

Toleransi Agama: Selangor Malaysia Vs Illinois USA

By Nasreel Khalib

Assalamualaikum wbt,Salam Ramadhan buat semua. Saya mengikuti perkembangan isu kuil diShah Alam dari jauh dengan penuh minat. Dalam kita menerima kunjunganRamadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan tindakan yang sangatmenyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protesmereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam.Mereka bertindak menghina agama Hindu dalam keadaan yang sangatekstrem - sesuatu yang dilarang oleh Islam itu sendiri. Tidak pernahkita diajar oleh Rasulullah agar menghina agama-agama lain.Alasan yang dipersoalkan beberapa penduduk setempat sangat mudah,mengapa perlu dibina kuil di kawasan yang majoritinya penduduk MelayuIslam. Sebentar tadi saya membaca yang proses pemindahan kuil initelah dibekukan disebabkan oleh kekecohan yang berlaku semasa sesidialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat.

Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusankerja. Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga. MenyambutRamadhan bersama penduduk minoriti Islam Des Plaines Illinois. Sayadapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, ditengah-tengah bumiAmerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yangindah dan selesa. Malah Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meterjaraknya dari sebuah gereja Katholik. Tidak pula kelihatan masyarakatKristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu. Malahapa yang lebih dikagumi ialah setiap kali waktu solat Jumaat, akan adabeberapa orang pegawai Polis 'mat saleh' bukan Islam yang akanmengawal lalulintas dan parking didalam kawasan Masjid. Mungkin, ituperkara biasa, seminggu sekali. Tetapi apabila bermulanya Ramadhan,saya dapat melihat bagaimana mereka bertugas setiap malam. KebetulanRamadhan tahun ini berlangsung di hujung musim panas, maka waktuIsya'nya sedikit lewat dari Malaysia. Pegawai-pegawai Polis ini masihlagi bertugas menjaga lalulintas dan parking sehinggalah Terawikhtamat pada jam hampir 11.30 malam.

Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengansituasi kuil di Shah Alam. Malu dengan perbuatan dan sikap segelintirumat Islam di Malaysia. Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerikaini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia?Dimanakah keadilan dan keindahan Islam yang ingin kita tonjolkan?Apakah mungkin masyarakat bukan Islam dapat melihat keindahan Islamdalam situasi ini.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa pimpinan PAS yangtelah berani menyatakan kebenaran dalam keadaan yang sukar initerutamanya kepada YB Khalid Samad, Dato' Mahfuz, Dr Mariah danbeberapa yang lain. Pun begitu, saya berharap lebih ramai lagipemimpim-pemimpin Islam dari parti PAS terutamanya yang akan tampilkehadapan bagi memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Selangor danmenyatakan pendirian Islam dalam isu pemindahan kuil ini. Masyarakatsedang memerhatikan, apakah benar slogan keadilan Islam yangdilaung-laungkan.

(Penulis merupakan mantan Pengerusi Jabatan R&D Pemuda PAS Hulu Kelang)

Tuesday, July 21, 2009

Kenyataan Media berhubung isu kematian Mendiang Teoh Beng Hock oleh Dewan Pemuda PAS Melaka

1. Lanjutan isu kematian mendiang Teoh Beng Hock , kami dari Dewan Pemuda PAS Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dengan sedemikian rupa.

2. Berikutan daripada itu Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak pihak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kejadian yang amat diragui dan kami juga meminta pihak SPRM menghentikan semua bentuk siasatan keatas mana-mana individu sehingga siasatan keatas puncakematian mendiang Teoh Beng Hock selesai.

3. Bertolak dari isu tersebut Dewan Pemuda PAS Melaka mengajak seluruh rakyat Melaka khususnya untuk bersama Pimpinan Pakatan Rakyat dalam suatu sesi ceramah perdana bagi menunjukkan tanda sokongan moral kepada keluarga mendiang serta sebagai tanda menuntut kebenaran dari pihak yang berkenaan. Program tersebut akan dihadiri oleh YAB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin , Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ybhg. Ustaz Abd. Ghani Abd. Rahman , Pesuruhjaya PAS Melaka dan disertai juga oleh YB. Goh Leong San , ADUN Kesidang yang bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil pada jam 9 Malam.

4. Sehubungan dengan itu kami Dewan Pemuda PAS Melaka dengan ini mengajak seluruh rakyat khususnya rakyat negeri Melaka agar turut serta dalam Himpunan Mansuhkan ISA bertempat di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 sebagai tanda bantahan kepada kerajaan kerana masih mengekalkan Akta Zalim ini serta mmenggerakan seluruh rakyat untuk menuntut kebenaran dengan tidak menjadikan kematian Mendiang Teow Beng Hock sebagai sia-sia.Khairul Che Salleh Pejabat PAS Melaka21 Julai 2009

kenyataan dikeluarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Melaka , Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Melaka

Khairul Che Salleh
Pejabat PAS Melaka
21 Julai 2009

Thursday, September 11, 2008

Ulasan isu Datuk Ahmad Ismail oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPP, Sdr Khairul Faizi




Sumber:

http://minda-kembara.com/v2008/

PAS tentang cubaan cetus isu perkauman - Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Sept (Hrkh) - Peringatan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengenai isu-isu perkauman yang dicetus pemimpin-pemimpin politik perlu diberi perhatian semua pihak.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pandangan Jeneral tersebut perlu diambil perhatian kerana isu perkauman yang ditimbulkan sesetengah pihak kebelakangan ini begitu membimbangkan

Selanjutnya

Komen Lain:
"Tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pegawai kanan tentera mengulas
tentang perkembangan politik negara; sekaligus membuktikan apa yang terjadi
sekarang amat kritikal dan perlu ditangani segera."
- YB Salahuddin Ayub
Ketua Pemuda PAS Pusat
Sumber: Harakah Sept 12 - 14, 2008. Hal. N32

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/

Negeri dan kawasan diminta kemaskini data Kelab Penyokong PAS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa menyeru semua pesuruhjaya negeri termasuk pengerusi lajnah tersebut di negeri dan kawasan yang mempunyai Kelab Penyokong PAS agar mengemaskini data kelab tersebut bagi mempercepatkan proses transformasi kelab tersebut menjadi sayap PAS

Katanya, kemaskini data kira-kira 10,000 ahli di seluruh Malaysia termasuk keahlian dan struktur kepimpinan itu perlu dilakukan segera dan diserahkan kepada Lajnah Perpaduan Nasional peringkat pusat sebelum Oktober ini.

Selanjutnya

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/

Thursday, August 7, 2008

Kenyataan Media : Mantan Ketua Pemuda MIC Diseru Menyertai Kelab Penyokong PAS

Pergolakan dalaman MIC berterusan apabila Ketua Pemudanya, S.A Vigneswaran mengumumkan keluar daripada MIC setelah diarahkan supaya melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda MIC oleh Presidennya, Datuk Seri S Sammy Vellu kerana alasan sudah melebihi usia 40 tahun.

Walaupun sebelum ini Vigneswaran enggan melepaskan jawatan tersebut kerana menyedari bahawa beliau dipilih oleh perwakilan tempoh jawatannya hanya akan berakhir pada tahun hadapan tetapi mengambil keputusan bukan sahaja untuk melepaskan jawatan tersebut tetapi mengambil keputusan drastik dengan keluar daripada parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Samy Vellu.

Kekecewaan jelas terbayang apabila Vigneswaran mempertikaikan bahawa arahan yang telah dikeluarkan oleh Samy Vellu tidak menepati perlembagaan parti tetapi lebih kepada kehendak Presiden MIC tersebut.

Sebagai tanda kemarahan pemuda MIC terhadap keputusan Samy Vellu ini, pada 27 Jun 2008, Ketua Pemuda MIC Kedah, R. Nantha Kumar bersama Setiausaha Pemuda MIC Kedah, T. M Ganesan, Bendahari, M. Selvan serta Ketua Penerangan. S.Somasunther meletakkan jawatan kerana membantah keputusan MIC tersebut.

Bukan sekadar meletakan jawatan, mereka telah mendesak agar Samy Vellu meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC kerana kebanyakan masyarakat India kini sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan beliau.

Nantha Kumar mendakwa arahan yang dikeluarkan Samy Vellu itu jelas tidak adil dan dipercayai wujud komplot diperingkat tertinggi untuk menjatuhkan Vigneswaran.Pada 28 Jun 2008 yang lalu, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dilantik sebagai Penyelaras Pemuda MIC S. Ramis hari ini berkata peletakan jawatan oleh beberapa pemimpin dalam sayap itu tidak sama sekali akan menjejaskan pergerakan Pemuda parti itu.

Namun, tindakan Nantha Kumar dan rakan-rakannya bukan sahaja terhenti di situ tetapi telah mula diikuti oleh pemuda MIC yang lain. Terbaru, lima lagi ahli jawatankuasa Pemuda MIC Kedah mengikuti langkah ketuanya, R Nantha Kumar, dengan melepaskan jawatan masing-masing kerana membantah arahan Presiden MIC tersebut.

Saya yakin dan percaya bahawa ramai lagi pemimpin dan ahli MIC sudah mula berkira-kira untuk meninggalkan parti yang mewakili kaum India ini kerana mereka sudah bosan dengan pergolakan dalaman dan sudah tidak dapat lagi menerima kepimpinan Samy Vellu.

Tindakan keluar parti bukanlah perkara yang pelik kerana pada 31 Mei 2008 yang lalu, Presiden MIC sendiri telahpun membuat kenyataan bahawa kira-kira 22 peratus daripada 630,000 anggotanya telahpun meninggalkan parti sebelum menghadapi pilihanraya umum yang ke 12.
Bermakna, seramai 138,600 ribu ahli MIC telahpun berpaling tadah daripada MIC. Sebahagian daripada bekas ahli MIC telahpun mengambil keputusan untuk bersama PAS dan keputusan yang mereka lakukan adalah tepat pada masanya.

Dengan perkembangan ini, saya yakin bahawa semakin ramailah ahli MIC khususnya di kalangan pemudanya akan mengambil keputusan untuk menamatkan keahliannya di dalam parti yang mewakili kaum India di Malaysia.

PAS sudah tentu mengalu-alukan kehadiran mantan Ketua Pemuda MIC S.A Vigneswaran, mantan Ketua Pemuda MIC Kedah R. Nantha Kumar dan rakan-rakan yang lain pemuda MIC yang lain untuk bersama menyertai Kelab Penyokong PAS di semua peringkat.

Marilah kita bersama berganding bahu untuk memperjuangkan keadilan untuk semua kaum di dalam negara yang kita cintai ini.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat
1 Julai 2008, 8.17 pagi

Dipetik dari web
PAS Pahang