Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

'PAS For All' genap dua tahun esok


KUALA LUMPUR, 10 Sept: Esok 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2207 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Wednesday, October 15, 2008

Perpaduan Nasional - Dalam Lipatan Sejarah

PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN MENGENAI PERPADUAN NASIONAL ANJURAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tarikh Peristiwa: 26.03.1987

Seminar, forum, mesyuarat dan sebagainya memainkan peranan penting untuk menghasilkan idea-idea baru, pandangan dan pengetahuan untuk dikongsi bersama.

Pada hari ini 26.3.1987 Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Seminar Kebangsaan mengenai Perpaduan Nasional. Seminar itu telah dianjurkan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba bertempat di Universiti Utara Malaysia, Alor Setar Kedah.

Di antara matlamat penting seminar tersebut diadakan ialah:-
1. mewujudkan perpaduan rakyat demi untuk kesetabilan politik dan pembangunan negara.

2. mengurangkan sebarang salah faham di kalangan kaum di negara ini.
3. menjadikan agama sebagai faktor penting untuk menggalakan perpaduan sesama manusia tanpa mengira kaum.

4. memberi sokongan padu kepada DEB untuk mewujudkan masyarakat adil serta melahirkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

5. menyeru mass media memainkan peranannya dengan jujur dan cuba mengelakkan isu-isu yang boleh merosakkan keharmonian yang telah terjalin selama ini.
6. menggalakkan golongan-golongan intelektual memainkan peranan penting dalam membina perpaduan nasional.

Dalam ucapan perasmian, Encik Ghafar Baba berkata bahawa perhubungan kaum di Malaysia. telah mendapat perhatian dunia apabila meletusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut boleh dianggap sebagai satu rahmat yang terselindung kerana ia telah menyedarkan rakyat betapa pentingnya perpaduan dan mencari jalan mengelakkan sebarang krisis seumpama itu berlaku lagi. Ia juga memaksa rakyat berfikir lebih serius bagi memupuk perpaduan.

Sesungguhnya seminar kebangsaan mengenai perpaduan Nasional yang diadakan pada hari ini diharap akan memberi peluang kepada peserta-peserta seminar serta seluruh warganegara Malaysia berganding bahu bagi memajukan negara, di samping mempastikan perpaduan Nasional sentiasa diberi perhatian berat.

Sumber:
Arkib Negara Malaysia