Showing posts with label Program PKPM. Show all posts
Showing posts with label Program PKPM. Show all posts

Friday, April 3, 2009

Mesyuarat Khas Konvensyen Kelab Penyokong PAS 2009


Saya baru tiba di pejabat PAS Pusat daripada Parlimen Kota Raja, mempengerusikan mesyuarat Konvensyen Kelab Penyokong PAS dan Kelab Penyokong Muda PAS yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja iaitu YB Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja. Pejabat beliau terletak di Taman Sentosa Perdana 2, Klang.
Inilah pertama kali saya sampai di sini. Sila klik http://p111kotaraja.blogspot.com/ untuk melihat aktiviti yang dilaksanakan di Parlimen Kota Raja.

Mesyuarat yang diadakan pada malam ini adalah berkaitan dengan program Konvensyen Kelab penyokong PAS dan Kelab Penyokong Muda PAS yang akan dilaksanakan di Parlimen Kota Raja pada 16 Mei 2009 yang akan datang.

Sebagai Pengarah program, saya telah hadir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut serta ditemani oleh sdr Muslim Ismail (SU LPNDPPP), sdr Zahriezan (Timbalan Pengerusi LPNDPPP) dan Hajah Kamariah (SU LPN PAS Pusat).

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan persiapan dan perbentangan yang telah dibuat oleh sdr Mohd Razif dan rakan-rakan daripada LPN PAS Kota Raja. Terasa sangat ringan tugas kami selaku jawatankuasa induk untuk melaksanakan tugas kami nanti.
Apapun, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.
Berita dipetik ihsan dari


Tuesday, February 10, 2009

Pasukan Futsal Kelab Penyokong Muda PAS

(Gambar ihsan http://minda-kembara.com/v2008/)

Pasukan Futsal KPMP bersama Penegerusi dan Timbalan Peng. Lajnah Perpaduan Nasional DPPP (gambar ihsan http://minda-kembara.com/v2008/)


Aksi perlawan antara Pasukan Futsal KPMP dan AJK LPN DPPP


Pasukan Futsal KPMP ini diketuai oleh Encik Mahendran yang berjaya mengumpulkan beberapa anak muda daripada pelbagai kaum untuk bersama menyertai KPMP.

Pasukan Futsal ini memang giat terlibat dalam perlawanan Futsal dan baru-baru ini mereka telah layak ke pusingan suku akhir di kejohanan terbuka Parlimen Kota Raja. Hujung minggu inipun mereka akan terlibat dalam satu lagi pertandingan dan sasaran pada kali ini adalah untuk merampas kembali kejuaraan yang pernah mereka menangi sebelum ini.

Hujung minggu ini, KPMP bagi negeri Kedah akan dilancarkan dan pada hujung bulan pula KPMP Negeri Perak, Sabah dan Sarawak pula dijadualkan akan melancarkan kelab penyokong muda ini

Monday, November 17, 2008

Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda PAS


KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam

Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.

Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.

Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.