Showing posts with label Rancangan LPN. Show all posts
Showing posts with label Rancangan LPN. Show all posts

Saturday, February 28, 2009

Futsal Perpaduan Lajnah Perpaduan Nasional DUN Hulu Kelang 09

Saudara Muslim, Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat merangkap Pengerusi LPN DPP Gombak sedang memberi ucapan alu - aluan

Pelawanan persahabatan antara UKJ Hulu Kelang dan JK penaja Kelab Penyokong Muda PAS DUN Hulu Kelang


Gambar bersama antara UKJ Hulu Kelang dan Kelab Penyokong Muda PAS DUN Hulu Kelang yang diketuai oleh Sdr Suren


25 Feb 2009 bertempat di IFC Setapak, berlangsung satu perlawan
persahabatan Futsal Perpaduan antara UKJ Hulu Kelang dan JK Penaja Kelab
Penyokong Muda PAS DUN Hulu Kelang.

Wednesday, November 5, 2008

Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 Nov - Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) ekoran sokongan dan kepercayaan rakyat, khususnya anak muda pelbagai kaum, terhadap parti itu dalam pilihanraya umum yang lalu.



Kelab tersebut akan dilancarkan oleh Ketua DPP, Salahuddin Ayub, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, pada 15 November ini bertempat di pejabat agung PAS di ibunegara.



Pengerusi Lanjah Perpaduan Nasional (LPN) DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, inisiatif penubuhan kelab tersebut adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

KPP sedia ada dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa
serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda," kata Khairul
Faizi dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, Kelab Penyokong PAS (KPP) telah ditubuhkan, tetapi pada masa yang sama, wujud kehendak dari kalangan golongan muda bukan Islam untuk terlibat aktif secara langsung bersama PAS dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya bukan Islam

Selanjutnya

Sila lihat: www.malaysiakini.com/bm atau http://minda-kembara.com/v2008/?p=618 dan http://pasnationalunity.blogspot.com/2008/11/tahniah-kelab-penyokong-muda-pas.html

Saturday, October 25, 2008

Majlis Pelancaran KELAB PENYOKONG MUDA PAS

Tarikh: 15 Nov 2008 (Sabtu)
Masa: 2 petang
Tempat: Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, WP


- Semua Dijemput Hadir -
Link Berkaitan

Tuesday, July 29, 2008

Pelan Tindakan Terkini, LPN DPPP

Memandangkan PAS pada hari ini telah mendapat tempat di hati semua kaum di dalam negara kita ini, maka LPN akan mengorak langkah kehadapan untuk memastikan bahawa matlamat perjuangan PAS benar-benar difahami oleh para penyokong PAS.Keputusan yang diambil adalah seperti berikut ;-

i. Melancarkan blog interaktif LPN DPPP yang akan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Pengendali blog telah dilantik dan penulis untuk bahagian bahasa Mandarin dan bahasa Tamil telah dikenal pasti. Saya menjangkakan, blog ini akan mula beroperasi pada bulan September akan datang.

ii. Memandangkan bahawa masih terdapat Lajnah Perpaduan Nasional tidak diwujudkan di peringkat DPPN maka LPN mencadangkan satu kawasan dipilih daripada setiap negeri bagi menjayakan hasrat ini.

iii. LPN DPPP akan melancarkan "PAS Youth Supporting Club" yang akan menghimpunkan penyokong PAS yang berusia di bawah 40 tahun.