Showing posts with label LPN Pas Pusat. Show all posts
Showing posts with label LPN Pas Pusat. Show all posts

Sunday, May 31, 2009

Sekitar Konvensyen Kelab Penyokong PAS 2009


Antara peserta yag hadir terdiri dari ahli - ahli Kelab Penyokong PAS dan juga ahli - ahli Lajnah Perpaduan Nasional di pebagai peringkat


Ketibaan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengerusi LPN PAS Pusat, Dr Mujahhid Yusuf Rawa dan Pengerusi LPN DPP Pusat, Sdr Khairul Faizi A Kamil

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahhid Yusuf Rawa sedang memberi ucapan

Mursyiddul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sedang memberi amanat serta merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS 2009


Antara yang turut hadir, Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub serta YB Manoharan, bekas tahanan ISA, turut kelihatan, Ustaz Azman Syapawi, Naib Ketua Pemuda PAS

Pengarah Program merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, sdr Khairul Faizi sedang membacakan resolusi konvensyen di akhir konvensyen tersebut


Kelang, 30 Mei - Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009 telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Kelang.
Hampir 600 peserta yang terdiri dari ahli - ahli Kelab Penyokong PAS yang hadir dari semua negeri di Malaysia.

Konvensyen ini dirasmikan oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan.

Thursday, May 21, 2009

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Semua Dijemput Hadir

Khairul Faizi (Pengarah program) 019-770 1830, Hajjah Kamariah (Setiausaha LPN PAS Pusat) 016-322 6159 & Razif (Timb. Pengarah b/p Tuan Rumah : Kota Raja) 013-361 0603

Friday, April 3, 2009

Mesyuarat Khas Konvensyen Kelab Penyokong PAS 2009


Saya baru tiba di pejabat PAS Pusat daripada Parlimen Kota Raja, mempengerusikan mesyuarat Konvensyen Kelab Penyokong PAS dan Kelab Penyokong Muda PAS yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja iaitu YB Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja. Pejabat beliau terletak di Taman Sentosa Perdana 2, Klang.
Inilah pertama kali saya sampai di sini. Sila klik http://p111kotaraja.blogspot.com/ untuk melihat aktiviti yang dilaksanakan di Parlimen Kota Raja.

Mesyuarat yang diadakan pada malam ini adalah berkaitan dengan program Konvensyen Kelab penyokong PAS dan Kelab Penyokong Muda PAS yang akan dilaksanakan di Parlimen Kota Raja pada 16 Mei 2009 yang akan datang.

Sebagai Pengarah program, saya telah hadir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut serta ditemani oleh sdr Muslim Ismail (SU LPNDPPP), sdr Zahriezan (Timbalan Pengerusi LPNDPPP) dan Hajah Kamariah (SU LPN PAS Pusat).

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan persiapan dan perbentangan yang telah dibuat oleh sdr Mohd Razif dan rakan-rakan daripada LPN PAS Kota Raja. Terasa sangat ringan tugas kami selaku jawatankuasa induk untuk melaksanakan tugas kami nanti.
Apapun, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.
Berita dipetik ihsan dari


Sunday, January 4, 2009

Kelab Penyokong yakin PAS menang, faham isu Hudud

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS akan mengadakan gerak gempur besar-besaran bagi memastikan pengundi Cina dan India memberi undian pukal kepada calon yang dipilih dan sekaligus memberi kemenangan kepada calon PAS nanti
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata semua ahli kelab dari seluruh negara akan turun memberi sokongan dihari penamaan calon dan ketika berkempen kelak.

"Kelab Penyokong PAS Cawangan Terengganu telah pun menyediakan satu bilik gerakan di DUN Bandar bagi dijadikan markas gerakan kita.

"Kita pilih DUN Bandar kerana kawasan tersebut merupakan kawasan paling ramai masyarakat bukan melayu iaitu 37 peratus pengundi Cina dan 1.14 peratus India dan lain-lain bangsa.

"Dan kita yakin Dun Bandar akan dapat kita tawan kerana MCA dan Umno semakin lemah dan pengundi juga lebih yakin kerana Pakatan Rakyat telah berjaya lima negeri. Ini akan memberi keyakinan kepada pengundi bukan melayu untuk memilih pakatan kali ini.? kata Hu yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Menurut Hu, walaupun DUN Bandar mempunyai 18,952 pengundi berdaftar dari jumlah keseluruhan 80,229 pengundi namun DUN Bandar merupakan undi penentu kepada calun kerajaan maupun pakatan Rakyat.

Katanya, masa pilihan raya 8 Mac lalu, pengundi Cina dan India masih rasa takut-takut untuk menyokong pembangkang kerana Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, DAP dan KeADILan belum lagi terbentuk secara sah.

"Sekarang dari tinjauan rambang dan melihat kejayaan di Permatang Pauh pada Ogos lalu kita dah dapat ?lampu hijau? berhubung sokongan padu masyarakat bukan melayu pada Pakatan," Ujar Hu lagi.

Menyentuh isu hudud yang sedang dimainkan oleh media milik kerajaan sekarang Hu berkata isu tersebut tidak menjadi persoalan besar kepada masyarakat bukan melayu di Pantai Timur kerana masing-masing telah diberi kefahaman tentang persoalan hudud.

"Kita memang sedar bahawa isu hudud merupakan isu yang akan dimainkan kerajaan untuk mengabui mata pengundi bukan melayu ketika kempen yang akan berlangsung tahun depan.
"Kami dikalangan orang bukan melayu di pantai timur ni baik di Kelantan atau di Terengganu memang dah faham apa itu hukum hudud kerana Hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum tersebut.

"Orang bukan melayu di Pantai Barat mungkin tidak berapa faham kerana telah diputarbelit oleh media kerajaan yang sengaja ditakut-takutkan dengan hukum rejam dan potong tangan. Walhal hudud bukan begitu," ujar Hu.

Sehubungan itu menurut Hu lagi, menerusi kempen yang akan dijalankan nanti isu memperbanyakkan suara pembangkang di parlimen bagi memantau pelbagai penyelewengan kerajaan antara akan dijadikan fokas kempen kepada bukan melayu nanti.
Selain itu menurut Hu, kempen juga bertujuan memberi kesedaran kepada pengundi supaya memilih wakil Pakatan bertujuan memantau segala wang rakyat dan wang royalti yang baru diterima supaya tidak disalah guna oleh kerajaan negeri.

"selain itu isu harga minyak dan barang yang masih tinggi serta agihan wang royalti yang tidak membantu meningkatkan taraf hidup rakyat juga antara isu yang mampu meraih sokongan masyarakat bukan melayu di negeri itu," kata Hu