Friday, October 31, 2008

Api perkauman bawa negara ke ambang bahaya - Harakahdaily

Apabila MCA, Gerakan dan lain-lain komponen Barisan Nasional menggasak Umno dalam isu perkauman sempit Melayu-Cina, Pakatan Rakyat tidak seharusnya terheret sama.

MCA dan Gerakan yang menuduh Umno parti pembuli, pemimpin Umno 'racist' - perkauman, pemimpin Umno harus 'diISAkan' kerana mencetuskan perkara-perkara sensitif khususnya dilihat boleh membawa kepada ketegangan kaum.

Malah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz
Nik Mat sebelum pembentukan kerjasama Pakatan Rakyat lagi pernah berkata, PAS
akan menerima siapa sahaja menjadi Ketua atau Perdana Menteri asalkan dia
beragama Islam.



Pakatan Rakyat juga tidak seharusnya terperangkap dengan permainan kotor BN apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa pembangkang mahu menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.

Selanjutnya

Sumber:
www.harakahdaily.net

Saturday, October 25, 2008

Majlis Pelancaran KELAB PENYOKONG MUDA PAS

Tarikh: 15 Nov 2008 (Sabtu)
Masa: 2 petang
Tempat: Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, WP


- Semua Dijemput Hadir -
Link Berkaitan

Wednesday, October 15, 2008

Perpaduan Nasional - Dalam Lipatan Sejarah

PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN MENGENAI PERPADUAN NASIONAL ANJURAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tarikh Peristiwa: 26.03.1987

Seminar, forum, mesyuarat dan sebagainya memainkan peranan penting untuk menghasilkan idea-idea baru, pandangan dan pengetahuan untuk dikongsi bersama.

Pada hari ini 26.3.1987 Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Seminar Kebangsaan mengenai Perpaduan Nasional. Seminar itu telah dianjurkan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba bertempat di Universiti Utara Malaysia, Alor Setar Kedah.

Di antara matlamat penting seminar tersebut diadakan ialah:-
1. mewujudkan perpaduan rakyat demi untuk kesetabilan politik dan pembangunan negara.

2. mengurangkan sebarang salah faham di kalangan kaum di negara ini.
3. menjadikan agama sebagai faktor penting untuk menggalakan perpaduan sesama manusia tanpa mengira kaum.

4. memberi sokongan padu kepada DEB untuk mewujudkan masyarakat adil serta melahirkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

5. menyeru mass media memainkan peranannya dengan jujur dan cuba mengelakkan isu-isu yang boleh merosakkan keharmonian yang telah terjalin selama ini.
6. menggalakkan golongan-golongan intelektual memainkan peranan penting dalam membina perpaduan nasional.

Dalam ucapan perasmian, Encik Ghafar Baba berkata bahawa perhubungan kaum di Malaysia. telah mendapat perhatian dunia apabila meletusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut boleh dianggap sebagai satu rahmat yang terselindung kerana ia telah menyedarkan rakyat betapa pentingnya perpaduan dan mencari jalan mengelakkan sebarang krisis seumpama itu berlaku lagi. Ia juga memaksa rakyat berfikir lebih serius bagi memupuk perpaduan.

Sesungguhnya seminar kebangsaan mengenai perpaduan Nasional yang diadakan pada hari ini diharap akan memberi peluang kepada peserta-peserta seminar serta seluruh warganegara Malaysia berganding bahu bagi memajukan negara, di samping mempastikan perpaduan Nasional sentiasa diberi perhatian berat.

Sumber:
Arkib Negara Malaysia