Tuesday, July 21, 2009

Kenyataan Media berhubung isu kematian Mendiang Teoh Beng Hock oleh Dewan Pemuda PAS Melaka

1. Lanjutan isu kematian mendiang Teoh Beng Hock , kami dari Dewan Pemuda PAS Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dengan sedemikian rupa.

2. Berikutan daripada itu Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak pihak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kejadian yang amat diragui dan kami juga meminta pihak SPRM menghentikan semua bentuk siasatan keatas mana-mana individu sehingga siasatan keatas puncakematian mendiang Teoh Beng Hock selesai.

3. Bertolak dari isu tersebut Dewan Pemuda PAS Melaka mengajak seluruh rakyat Melaka khususnya untuk bersama Pimpinan Pakatan Rakyat dalam suatu sesi ceramah perdana bagi menunjukkan tanda sokongan moral kepada keluarga mendiang serta sebagai tanda menuntut kebenaran dari pihak yang berkenaan. Program tersebut akan dihadiri oleh YAB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin , Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ybhg. Ustaz Abd. Ghani Abd. Rahman , Pesuruhjaya PAS Melaka dan disertai juga oleh YB. Goh Leong San , ADUN Kesidang yang bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil pada jam 9 Malam.

4. Sehubungan dengan itu kami Dewan Pemuda PAS Melaka dengan ini mengajak seluruh rakyat khususnya rakyat negeri Melaka agar turut serta dalam Himpunan Mansuhkan ISA bertempat di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 sebagai tanda bantahan kepada kerajaan kerana masih mengekalkan Akta Zalim ini serta mmenggerakan seluruh rakyat untuk menuntut kebenaran dengan tidak menjadikan kematian Mendiang Teow Beng Hock sebagai sia-sia.Khairul Che Salleh Pejabat PAS Melaka21 Julai 2009

kenyataan dikeluarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Melaka , Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Melaka

Khairul Che Salleh
Pejabat PAS Melaka
21 Julai 2009

Sunday, July 19, 2009

Sekitar Hi Tea Muslimat PAS Gombak anjuran Lajnah Perpaduan Nasional DMPG











Mesyuarat Penuh kali Pertama LPN DPPP


Mesyuarat Penuh LPN DPPP kali pertama telah berjaya diadakan pada 17 Julai 2009 di Tingkat 2 Pejabat Agung PAS Pusat
Antara agenda yang diperbincangkan ialah struktur baru organisasi LPN DPPP, oranisasi LPN DPP Negeri, serta plan tindakan LPN DPPP dalam masa dua tahun ini (2009 - 2011)
Beberapa Pengerusi LPN DPP Negeri turut hadir terdiri daripada negeri Johor, Pahang, Melaka, Perak, Wilayah Persekutuan & Selangor.
Pengerusi LPN Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Khairul Faizi mempengerusikan mesyuarat ini.

Tuesday, July 7, 2009

Ops Gotong Royong LPN Gombak dan KPMP Hulu Kelang











KG FAJAR - Pemuda PAS Hulu Kelang telah mengambil inisiatif untuk menyertai gotong-royong membantu membersihkan kesan runtuhan pokok dan membaiki semula beberapa buah rumah yang rosak akibat taufan ribut minggu lepas di sini.
Gotong royong yang dianjurkan oleh Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Gombak turut dibantu oleh penduduk kampung.

Menurut ketua Lujnah Perpaduan Nasional (LPN), En Muslim Ismail, program ini bertujuan membantu golongan yang ditimpa kesusahan dan musibah, lebih-lebih lagi orang miskin.
Proses ini akan mengambil masa seminggu menggunakan bahan-bahan binaan yang disumbangkan oleh Hj Saari Sungib.
Sumber: