Tuesday, July 21, 2009

Kenyataan Media berhubung isu kematian Mendiang Teoh Beng Hock oleh Dewan Pemuda PAS Melaka

1. Lanjutan isu kematian mendiang Teoh Beng Hock , kami dari Dewan Pemuda PAS Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dengan sedemikian rupa.

2. Berikutan daripada itu Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak pihak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kejadian yang amat diragui dan kami juga meminta pihak SPRM menghentikan semua bentuk siasatan keatas mana-mana individu sehingga siasatan keatas puncakematian mendiang Teoh Beng Hock selesai.

3. Bertolak dari isu tersebut Dewan Pemuda PAS Melaka mengajak seluruh rakyat Melaka khususnya untuk bersama Pimpinan Pakatan Rakyat dalam suatu sesi ceramah perdana bagi menunjukkan tanda sokongan moral kepada keluarga mendiang serta sebagai tanda menuntut kebenaran dari pihak yang berkenaan. Program tersebut akan dihadiri oleh YAB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin , Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ybhg. Ustaz Abd. Ghani Abd. Rahman , Pesuruhjaya PAS Melaka dan disertai juga oleh YB. Goh Leong San , ADUN Kesidang yang bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil pada jam 9 Malam.

4. Sehubungan dengan itu kami Dewan Pemuda PAS Melaka dengan ini mengajak seluruh rakyat khususnya rakyat negeri Melaka agar turut serta dalam Himpunan Mansuhkan ISA bertempat di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 sebagai tanda bantahan kepada kerajaan kerana masih mengekalkan Akta Zalim ini serta mmenggerakan seluruh rakyat untuk menuntut kebenaran dengan tidak menjadikan kematian Mendiang Teow Beng Hock sebagai sia-sia.Khairul Che Salleh Pejabat PAS Melaka21 Julai 2009

kenyataan dikeluarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Melaka , Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Melaka

Khairul Che Salleh
Pejabat PAS Melaka
21 Julai 2009

No comments: