Wednesday, September 17, 2008

Video Perpaduan Kaum

Perangkap perkauman sentiasa ternganga menunggu masa

Ahmad Lutfi Othman

Ketika saya mula menulis kolum ini - jam 2.55 pagi, Sabtu, 13 September - tiga tokoh dalam bidang masing-masing, pemilik laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan ahli Parlimen DAP yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, telah diserkup ISA

Ramai kawan-kawan bertanya, siapa lagi 12 orang yang dikatakan bakal turut dikurung tanpa bicara mereka? Ia merujuk kepada sms yang mengingatkan kemungkinan Operasi Lalang II bakal mencengkam bumi tercinta ini. Mendengar ancaman ISA, ramai aktivis, termasuk yang paling lantang bersuara, "kecut perut"; tanyalah Mohamad Sabu atau Karpal Singh!




Seperti biasa akhbar-akhbar yang dikuasai mutlak Umno, misalnya
Utusan Malaysia, terselamat, meskipun ia lebih ghairah menyalakan api perkauman.


- Ahmad Lutfi Othman
Dalam Operasi Lalang 1987, 21 tahun lalu, seramai 106 aktivis dipenjarakan, manakala tiga akhbar turut digantung, iaitu Watan (bahasa Melayu), The Star (bahasa Inggeris) dan Sin Chew (bahasa Cina). Kali ini, bermula dengan tiga tangkapan, disusuli surat tunjuk sebab buat tiga akhbar, Suara Keadilan (bahasa Melayu), The Sun (bahasa Inggeris) dan Sin Chew (bahasa Cina).

Selanjutnya

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/

Sunday, September 14, 2008

Menghadiri Pesta Tanglung Bersama Pemuda PAS PJ Utara

YB Lau juga seorang yang peramah dan
mudah mesra walaupun baru pertama kali saya berjumpa dengan beliau. Begitu juga
dengan kesemua jawatankuasa pesta tanglung tersebut yang begitu
bersungguh-sungguh melayan tetamu.
- Khairul Faizi
Selepas selesai berbuka puasa di pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, saya bersama sdr Rahman Sadikin telah bergerak ke kawasan PJU untuk menghadiri program pesta Tanglung yang dianjurkan oleh DAP di sana.

Sebelum bergerak ke sana, saya bertanya kepada sahabat-sahabat pimpinan pemuda ke mana arah mereka selepas ini? Kebanyakkannya perlu menghadiri kuliah ataupun tazkirah di masjid, surau ataupun markas PAS. Tetapi berbeza pula dengan saya kerana perlu bergegas untuk menghadiri pesta Tanglung. Itulah tanggungjawab lajnah Perpaduan Nasional, tidak seperti ustaz-ustaz yang lain dengan aktiviti masing-masing.

Saya telah disambut oleh Ketua Pemuda PJU, sdr Azri dan beberapa orang pemuda PAS diperingkat kawasan. Pesta Tanglung ini telah dianjurkan oleh YB Lau Weng San yang merupakan ADUN Kampung Tunku daripada DAP. Saya cukup tertarik dengan program ini kerana ia agak ’simple’ dan berjaya menarik kehadiran yang ramai.

YB Lau juga seorang yang peramah dan mudah mesra walaupun baru pertama kali saya berjumpa dengan beliau. Begitu juga dengan kesemua jawatankuasa pesta tanglung tersebut yang begitu bersungguh-sungguh melayan tetamu.

Sila klik
http://wengsan.blogspot.com/ untuk ke laman blog beliau.

Tahniah kepada pemuda PJU kerana telah berjaya menggerakkan pemuda PAS kawasan walaupun program tersebut dianjurkan oleh DAP.

Kerjasama PAS dan DAP di bawah nama Pakatan Rakyat terbukti berjaya walaupun sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan serangan yang tidak berasas.

Sumber:
http://minda-kembara.com/v2008/?p=332

Thursday, September 11, 2008

Ulasan isu Datuk Ahmad Ismail oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPP, Sdr Khairul Faizi




Sumber:

http://minda-kembara.com/v2008/

PAS tentang cubaan cetus isu perkauman - Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Sept (Hrkh) - Peringatan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengenai isu-isu perkauman yang dicetus pemimpin-pemimpin politik perlu diberi perhatian semua pihak.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pandangan Jeneral tersebut perlu diambil perhatian kerana isu perkauman yang ditimbulkan sesetengah pihak kebelakangan ini begitu membimbangkan

Selanjutnya

Komen Lain:
"Tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pegawai kanan tentera mengulas
tentang perkembangan politik negara; sekaligus membuktikan apa yang terjadi
sekarang amat kritikal dan perlu ditangani segera."
- YB Salahuddin Ayub
Ketua Pemuda PAS Pusat
Sumber: Harakah Sept 12 - 14, 2008. Hal. N32

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/

Negeri dan kawasan diminta kemaskini data Kelab Penyokong PAS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa menyeru semua pesuruhjaya negeri termasuk pengerusi lajnah tersebut di negeri dan kawasan yang mempunyai Kelab Penyokong PAS agar mengemaskini data kelab tersebut bagi mempercepatkan proses transformasi kelab tersebut menjadi sayap PAS

Katanya, kemaskini data kira-kira 10,000 ahli di seluruh Malaysia termasuk keahlian dan struktur kepimpinan itu perlu dilakukan segera dan diserahkan kepada Lajnah Perpaduan Nasional peringkat pusat sebelum Oktober ini.

Selanjutnya

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/

Sunday, September 7, 2008

Hikmah Tema PAS UNTUK SEMUA


Hikmah tema "PAS Untuk Semua" diangkat sebagai landasan halatuju perjuangan PAS pada kali ini menunjukkan bahawa PAS telah bersedia memasuki fasa mengisi kemenangan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan membawa Islam sebagai asas kepada segala prinsip.Islamlah nescaya kamu selamat dunia dan akhirat.


Justeru kepada semua pencinta keadilan sejagat tak kira apa bangsa dan agama, dapatkan senaskah buku kecil Ucapan Dasar YB Dato Seri Presiden PAS sempena Muktamar PAS yang ke 54 untuk dijadikan bahan tatapan dan rujukan buat anak cucu kita.




Sumber:

Gambar Menarik


Semangat Perpaduan: Kanak-kanak lebih patriotik

Peranan keluarga penting untuk membentuk masyarakat bersatu padu RAMAI yang berpendapat kanak-kanak lebih bersatu berbanding orang dewasa kerana mereka tidak membataskan rakan menerusi pengkelasan warna kulit, kaum, agama dan latar belakang keluarga.

Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Rozumah Baharudin, berkata kanak-kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra kerana pergaulan itu berlandaskan aktiviti seperti bermain dan permainan yang mereka sukai.

Oleh itu, katanya kanak-kanak dilihat lebih bersatu, walaupun pada hakikatnya penyatuan itu berlaku kerana mereka mempunyai minat yang sama.

Selanjutnya