Sunday, September 13, 2009

kebijaksanaan menghormati perbezaan agama

By Muthanna Saari
Semalam beberapa orang yg terlibat dalam satu demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor kerana membantah pemindahan kuil di Shah Alam yg begitu hangat diperkatakan beberapa minggu kebelakangan ini telah didakwa di mahkamah.

Demonstrasi itu menjadi kecoh dan popular kerana ada kepala lembu yg diarak ke hadapan bangunan tersebut.

Antara dakwaan di mahkamah semalam adalah berkaitan unsur hasutan keagamaan dan juga berhimpun secara haram. Sesiapa yg melihat video rakaman suasana demonstrasi itu pasti tertumpu kepada kepala lembu yg dibawa peserta demonstrasi itu.

Seterusnya

(Penulis merupakan exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak)

Saturday, September 12, 2009

NGO Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia


Ikatan Perpaduan rakyat Malaysia (People's Unity Alliance of Malaysia) adalah sebuah NGO yang membicarakan persoalan perpaduan antara kaum di Malaysia


Toleransi Agama: Selangor Malaysia Vs Illinois USA

By Nasreel Khalib

Assalamualaikum wbt,Salam Ramadhan buat semua. Saya mengikuti perkembangan isu kuil diShah Alam dari jauh dengan penuh minat. Dalam kita menerima kunjunganRamadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan tindakan yang sangatmenyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protesmereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam.Mereka bertindak menghina agama Hindu dalam keadaan yang sangatekstrem - sesuatu yang dilarang oleh Islam itu sendiri. Tidak pernahkita diajar oleh Rasulullah agar menghina agama-agama lain.Alasan yang dipersoalkan beberapa penduduk setempat sangat mudah,mengapa perlu dibina kuil di kawasan yang majoritinya penduduk MelayuIslam. Sebentar tadi saya membaca yang proses pemindahan kuil initelah dibekukan disebabkan oleh kekecohan yang berlaku semasa sesidialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat.

Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusankerja. Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga. MenyambutRamadhan bersama penduduk minoriti Islam Des Plaines Illinois. Sayadapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, ditengah-tengah bumiAmerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yangindah dan selesa. Malah Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meterjaraknya dari sebuah gereja Katholik. Tidak pula kelihatan masyarakatKristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu. Malahapa yang lebih dikagumi ialah setiap kali waktu solat Jumaat, akan adabeberapa orang pegawai Polis 'mat saleh' bukan Islam yang akanmengawal lalulintas dan parking didalam kawasan Masjid. Mungkin, ituperkara biasa, seminggu sekali. Tetapi apabila bermulanya Ramadhan,saya dapat melihat bagaimana mereka bertugas setiap malam. KebetulanRamadhan tahun ini berlangsung di hujung musim panas, maka waktuIsya'nya sedikit lewat dari Malaysia. Pegawai-pegawai Polis ini masihlagi bertugas menjaga lalulintas dan parking sehinggalah Terawikhtamat pada jam hampir 11.30 malam.

Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengansituasi kuil di Shah Alam. Malu dengan perbuatan dan sikap segelintirumat Islam di Malaysia. Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerikaini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia?Dimanakah keadilan dan keindahan Islam yang ingin kita tonjolkan?Apakah mungkin masyarakat bukan Islam dapat melihat keindahan Islamdalam situasi ini.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa pimpinan PAS yangtelah berani menyatakan kebenaran dalam keadaan yang sukar initerutamanya kepada YB Khalid Samad, Dato' Mahfuz, Dr Mariah danbeberapa yang lain. Pun begitu, saya berharap lebih ramai lagipemimpim-pemimpin Islam dari parti PAS terutamanya yang akan tampilkehadapan bagi memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Selangor danmenyatakan pendirian Islam dalam isu pemindahan kuil ini. Masyarakatsedang memerhatikan, apakah benar slogan keadilan Islam yangdilaung-laungkan.

(Penulis merupakan mantan Pengerusi Jabatan R&D Pemuda PAS Hulu Kelang)

Thursday, September 10, 2009

'PAS For All' genap dua tahun esok


KUALA LUMPUR, 10 Sept: Esok 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2207 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.