Monday, November 17, 2008

Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda PAS


KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam

Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.

Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.

Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.

Wednesday, November 5, 2008

Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 Nov - Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) ekoran sokongan dan kepercayaan rakyat, khususnya anak muda pelbagai kaum, terhadap parti itu dalam pilihanraya umum yang lalu.



Kelab tersebut akan dilancarkan oleh Ketua DPP, Salahuddin Ayub, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, pada 15 November ini bertempat di pejabat agung PAS di ibunegara.



Pengerusi Lanjah Perpaduan Nasional (LPN) DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, inisiatif penubuhan kelab tersebut adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

KPP sedia ada dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa
serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda," kata Khairul
Faizi dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, Kelab Penyokong PAS (KPP) telah ditubuhkan, tetapi pada masa yang sama, wujud kehendak dari kalangan golongan muda bukan Islam untuk terlibat aktif secara langsung bersama PAS dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya bukan Islam

Selanjutnya

Sila lihat: www.malaysiakini.com/bm atau http://minda-kembara.com/v2008/?p=618 dan http://pasnationalunity.blogspot.com/2008/11/tahniah-kelab-penyokong-muda-pas.html