Sunday, September 14, 2008

Menghadiri Pesta Tanglung Bersama Pemuda PAS PJ Utara

YB Lau juga seorang yang peramah dan
mudah mesra walaupun baru pertama kali saya berjumpa dengan beliau. Begitu juga
dengan kesemua jawatankuasa pesta tanglung tersebut yang begitu
bersungguh-sungguh melayan tetamu.
- Khairul Faizi
Selepas selesai berbuka puasa di pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, saya bersama sdr Rahman Sadikin telah bergerak ke kawasan PJU untuk menghadiri program pesta Tanglung yang dianjurkan oleh DAP di sana.

Sebelum bergerak ke sana, saya bertanya kepada sahabat-sahabat pimpinan pemuda ke mana arah mereka selepas ini? Kebanyakkannya perlu menghadiri kuliah ataupun tazkirah di masjid, surau ataupun markas PAS. Tetapi berbeza pula dengan saya kerana perlu bergegas untuk menghadiri pesta Tanglung. Itulah tanggungjawab lajnah Perpaduan Nasional, tidak seperti ustaz-ustaz yang lain dengan aktiviti masing-masing.

Saya telah disambut oleh Ketua Pemuda PJU, sdr Azri dan beberapa orang pemuda PAS diperingkat kawasan. Pesta Tanglung ini telah dianjurkan oleh YB Lau Weng San yang merupakan ADUN Kampung Tunku daripada DAP. Saya cukup tertarik dengan program ini kerana ia agak ’simple’ dan berjaya menarik kehadiran yang ramai.

YB Lau juga seorang yang peramah dan mudah mesra walaupun baru pertama kali saya berjumpa dengan beliau. Begitu juga dengan kesemua jawatankuasa pesta tanglung tersebut yang begitu bersungguh-sungguh melayan tetamu.

Sila klik
http://wengsan.blogspot.com/ untuk ke laman blog beliau.

Tahniah kepada pemuda PJU kerana telah berjaya menggerakkan pemuda PAS kawasan walaupun program tersebut dianjurkan oleh DAP.

Kerjasama PAS dan DAP di bawah nama Pakatan Rakyat terbukti berjaya walaupun sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan serangan yang tidak berasas.

Sumber:
http://minda-kembara.com/v2008/?p=332

No comments: