Saturday, February 28, 2009
Futsal Perpaduan Lajnah Perpaduan Nasional DUN Hulu Kelang 09
Labels:
Antara Kaum,
Berita,
Gambar,
Rancangan LPN
Tuesday, February 10, 2009
Pasukan Futsal Kelab Penyokong Muda PAS
(Gambar ihsan http://minda-kembara.com/v2008/)
Pasukan Futsal KPMP bersama Penegerusi dan Timbalan Peng. Lajnah Perpaduan Nasional DPPP (gambar ihsan http://minda-kembara.com/v2008/)Pasukan Futsal ini memang giat terlibat dalam perlawanan Futsal dan baru-baru ini mereka telah layak ke pusingan suku akhir di kejohanan terbuka Parlimen Kota Raja. Hujung minggu inipun mereka akan terlibat dalam satu lagi pertandingan dan sasaran pada kali ini adalah untuk merampas kembali kejuaraan yang pernah mereka menangi sebelum ini.
Hujung minggu ini, KPMP bagi negeri Kedah akan dilancarkan dan pada hujung bulan pula KPMP Negeri Perak, Sabah dan Sarawak pula dijadualkan akan melancarkan kelab penyokong muda ini
Sunday, January 4, 2009
Analisis: Pengundi Cina tidak kekok bersama PAS
KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Hrkh) - "Tiada apa-apa manfaat yang boleh diperolehi rakyat selain kerajaan sahaja yang menikmatinya, samalah dengan isu royalti
Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pasti akan mencatatkan sejarah jika arus perubahan 'tsunami'politik terus melanda kawasan tersebut.
Pada masa yang sama, mereka turut marah dengan kerajaan negeri yang
mengenakan semula cukai pintu rumah kediaman kepada rakyat sejak tahun 2005
sebaik sahaja kerajaan PAS tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11
lalu
Harapan yang tinggi tersebut disuarakan penduduk sekitar Kampung Tiong, Kuala Terengganu yang tinggal di tengah-tengah bandar raya yang menjadi ibu negeri Terengganu serta terkenal dengan negeri yang kaya dengan 'emas hitam'(Petroleum).
Sumber
Labels:
Antara Kaum,
Berita,
Pilihanraya
Kelab Penyokong yakin PAS menang, faham isu Hudud
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata semua ahli kelab dari seluruh negara akan turun memberi sokongan dihari penamaan calon dan ketika berkempen kelak.
"Kelab Penyokong PAS Cawangan Terengganu telah pun menyediakan satu bilik gerakan di DUN Bandar bagi dijadikan markas gerakan kita.
"Kita pilih DUN Bandar kerana kawasan tersebut merupakan kawasan paling ramai masyarakat bukan melayu iaitu 37 peratus pengundi Cina dan 1.14 peratus India dan lain-lain bangsa.
"Dan kita yakin Dun Bandar akan dapat kita tawan kerana MCA dan Umno semakin lemah dan pengundi juga lebih yakin kerana Pakatan Rakyat telah berjaya lima negeri. Ini akan memberi keyakinan kepada pengundi bukan melayu untuk memilih pakatan kali ini.? kata Hu yang dipetik daripada Suara KeADILan online.
Menurut Hu, walaupun DUN Bandar mempunyai 18,952 pengundi berdaftar dari jumlah keseluruhan 80,229 pengundi namun DUN Bandar merupakan undi penentu kepada calun kerajaan maupun pakatan Rakyat.
Katanya, masa pilihan raya 8 Mac lalu, pengundi Cina dan India masih rasa takut-takut untuk menyokong pembangkang kerana Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, DAP dan KeADILan belum lagi terbentuk secara sah.
"Sekarang dari tinjauan rambang dan melihat kejayaan di Permatang Pauh pada Ogos lalu kita dah dapat ?lampu hijau? berhubung sokongan padu masyarakat bukan melayu pada Pakatan," Ujar Hu lagi.
Menyentuh isu hudud yang sedang dimainkan oleh media milik kerajaan sekarang Hu berkata isu tersebut tidak menjadi persoalan besar kepada masyarakat bukan melayu di Pantai Timur kerana masing-masing telah diberi kefahaman tentang persoalan hudud.
"Kita memang sedar bahawa isu hudud merupakan isu yang akan dimainkan kerajaan untuk mengabui mata pengundi bukan melayu ketika kempen yang akan berlangsung tahun depan.
"Kami dikalangan orang bukan melayu di pantai timur ni baik di Kelantan atau di Terengganu memang dah faham apa itu hukum hudud kerana Hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum tersebut.
"Kami dikalangan orang bukan melayu di pantai timur ni baik di Kelantan atau di Terengganu memang dah faham apa itu hukum hudud kerana Hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum tersebut.
"Orang bukan melayu di Pantai Barat mungkin tidak berapa faham kerana telah diputarbelit oleh media kerajaan yang sengaja ditakut-takutkan dengan hukum rejam dan potong tangan. Walhal hudud bukan begitu," ujar Hu.
Sehubungan itu menurut Hu lagi, menerusi kempen yang akan dijalankan nanti isu memperbanyakkan suara pembangkang di parlimen bagi memantau pelbagai penyelewengan kerajaan antara akan dijadikan fokas kempen kepada bukan melayu nanti.
Selain itu menurut Hu, kempen juga bertujuan memberi kesedaran kepada pengundi supaya memilih wakil Pakatan bertujuan memantau segala wang rakyat dan wang royalti yang baru diterima supaya tidak disalah guna oleh kerajaan negeri.
Selain itu menurut Hu, kempen juga bertujuan memberi kesedaran kepada pengundi supaya memilih wakil Pakatan bertujuan memantau segala wang rakyat dan wang royalti yang baru diterima supaya tidak disalah guna oleh kerajaan negeri.
"selain itu isu harga minyak dan barang yang masih tinggi serta agihan wang royalti yang tidak membantu meningkatkan taraf hidup rakyat juga antara isu yang mampu meraih sokongan masyarakat bukan melayu di negeri itu," kata Hu
Sumber: http://www.harakahdaily.net/
Labels:
Berita,
LPN Pas Pusat,
Pilihanraya
Monday, November 17, 2008
Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda PAS

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalamKelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.
Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.
Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.
Labels:
Berita,
Gambar,
Program LPNDPPP,
Program PKPM
Wednesday, November 5, 2008
Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 Nov - Malaysiakini
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) ekoran sokongan dan kepercayaan rakyat, khususnya anak muda pelbagai kaum, terhadap parti itu dalam pilihanraya umum yang lalu.Kelab tersebut akan dilancarkan oleh Ketua DPP, Salahuddin Ayub, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, pada 15 November ini bertempat di pejabat agung PAS di ibunegara.
Pengerusi Lanjah Perpaduan Nasional (LPN) DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, inisiatif penubuhan kelab tersebut adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.
KPP sedia ada dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa
serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda," kata Khairul
Faizi dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Kelab Penyokong PAS (KPP) telah ditubuhkan, tetapi pada masa yang sama, wujud kehendak dari kalangan golongan muda bukan Islam untuk terlibat aktif secara langsung bersama PAS dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya bukan Islam
Selanjutnya
Sila lihat: www.malaysiakini.com/bm atau http://minda-kembara.com/v2008/?p=618 dan http://pasnationalunity.blogspot.com/2008/11/tahniah-kelab-penyokong-muda-pas.html
Friday, October 31, 2008
Api perkauman bawa negara ke ambang bahaya - Harakahdaily
Apabila MCA, Gerakan dan lain-lain komponen Barisan Nasional menggasak Umno dalam isu perkauman sempit Melayu-Cina, Pakatan Rakyat tidak seharusnya terheret sama.
MCA dan Gerakan yang menuduh Umno parti pembuli, pemimpin Umno 'racist' - perkauman, pemimpin Umno harus 'diISAkan' kerana mencetuskan perkara-perkara sensitif khususnya dilihat boleh membawa kepada ketegangan kaum.
Pakatan Rakyat juga tidak seharusnya terperangkap dengan permainan kotor BN apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa pembangkang mahu menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.
Selanjutnya
Sumber:
www.harakahdaily.net
MCA dan Gerakan yang menuduh Umno parti pembuli, pemimpin Umno 'racist' - perkauman, pemimpin Umno harus 'diISAkan' kerana mencetuskan perkara-perkara sensitif khususnya dilihat boleh membawa kepada ketegangan kaum.
Malah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz
Nik Mat sebelum pembentukan kerjasama Pakatan Rakyat lagi pernah berkata, PAS
akan menerima siapa sahaja menjadi Ketua atau Perdana Menteri asalkan dia
beragama Islam.
Pakatan Rakyat juga tidak seharusnya terperangkap dengan permainan kotor BN apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa pembangkang mahu menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.
Selanjutnya
Sumber:
www.harakahdaily.net
Subscribe to:
Posts (Atom)