Thursday, July 31, 2008

Kunjungan Pengerusi LPNDPPP ke Perak



Sabtu 20 Julai 2008 - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Pemuda PAS Pusat, saudara Khairul Faizi B. Ahmad Kamil telah melakukan pertemuan dengan Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Negeri Perak.


Objektif pertemuan adalah untuk memberikan penerangan berkenaan peranan LPN DPPP disamping menerangkan hal-hal isu semasa. Beliau yang tiba jam 2 petang dan disambut oleh Pengerusi LPN DPPN PAS Perak, saudara Muhammad K.Y Tiang.


Pertemuan yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak itu berlangsung lebih sejam dan turut dihadiri oleh beberapa AJK PAS Kawasan Ipoh Timor. Suasana pertemuan berlangsung dalam keadaan penuh muhibbah dan rata-rata mereka berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh wakil LPN DPPP itu.


Pertemuan itu juga turut diselitkan dengan sesi soal jawab kepada peserta supaya ianya tidak dijadikan pertemuan satu hala.


Pihak PAS Kawasan Ipoh Timor mengucapkan terima kasih atas kunjungan beliau. Semoga usaha untuk merapatkan lagi hubungan antara penganut Islam dan agama² lain di negeri Perak selepas ini akan berjalan dengan lebih lancar insyaAllah.

No comments: