Tuesday, July 29, 2008

Pelan Tindakan Terkini, LPN DPPP

Memandangkan PAS pada hari ini telah mendapat tempat di hati semua kaum di dalam negara kita ini, maka LPN akan mengorak langkah kehadapan untuk memastikan bahawa matlamat perjuangan PAS benar-benar difahami oleh para penyokong PAS.Keputusan yang diambil adalah seperti berikut ;-

i. Melancarkan blog interaktif LPN DPPP yang akan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Pengendali blog telah dilantik dan penulis untuk bahagian bahasa Mandarin dan bahasa Tamil telah dikenal pasti. Saya menjangkakan, blog ini akan mula beroperasi pada bulan September akan datang.

ii. Memandangkan bahawa masih terdapat Lajnah Perpaduan Nasional tidak diwujudkan di peringkat DPPN maka LPN mencadangkan satu kawasan dipilih daripada setiap negeri bagi menjayakan hasrat ini.

iii. LPN DPPP akan melancarkan "PAS Youth Supporting Club" yang akan menghimpunkan penyokong PAS yang berusia di bawah 40 tahun.

No comments: